Gelagat Organisasi Assignment Submission

Unformatted text preview: PERLAKUAN ORGANISASI BAB 9 ASAS KEPADA PERLAKUAN KUMPULAN 1 9 Objektif Pembelajaran 1. Definisi kumpulan, dan bezakan antara kumpulan berlainan. 2. Kenal pasti 5 peringkat pembentukan kumpulan 3. Menerangkan bagaimana keperluan peranan berubah dalam situasi berbeza 4. Menerangkan bagaimana norma mempengaruhi perlakuan individu 5. Menunjukkan bagaimana saiz kumpulan memberi kesan kepada prestasi kumpulan. 2 9 Objektif Pembelajaran 6. Kenal pasti faedah dan kelemahan kumpulan kohesif (padu). 7. Senaraikan kekuatan dan kelemahan pembuatan keputusan kumpulan. 8. Menjelaskan implikasi diversiti terhadap keberkesanan kumpulan. 9. Membandingkan keberkesanan intraksi, sumbang saran (brainstorming), nominal, dan kumpulan mesyuarat elektronik 3 LO 1 Definisi Kumpulan Kumpulan Dua atau lebih individu berinteraksi dan saling bergantungan untuk mencapai objektif tertentu. 2 Jenis Kumpulan 1.Kumpulan Formal 2.Kumpulan Tidak Formal 4 LO 1 Pengkelasan Kumpulan1.Kumpulan Formal 1. Kumpulan Formal Kumpulan formal yang ditubuhkan secara rasmi oleh organisasi. Mempunyai struktur organisasi dengan tugasan kerja yang ditetapkan untuk menyempurnakan tugas. Tingkah laku yang perlu kita ada adalah ditetapkan oleh dan terarah ke arah matlamat organisasi. Contoh: enam anggota krew penerbangan merupakan ahli kumpulan formal 5 LO 1 Pengkelasan Kumpulan2.Kumpulan Tidak Formal 2. Kumpulan Tidak Formal Kumpulan yang tidak di struktur secara formal dan tidak ditentukan oleh organisasi. Kumpulan ini wujud akibat keperluan sosial, dan persahabatan. Memberi kesan kepada perlakuan dan prestasi. Contoh: tiga kakitangan dari jabatan-jabatan yang berbeza yang secara kerap makan tengah hari atau minum kopi bersama-sama 6 LO 1 Kumpulan- Teori Identiti sosial • Teori Identiti Sosial– Mempertimbangkan bila dan mengapa individu menganggap diri mereka sebagai ahli kumpulan.. – Orang mempunyai tindak balas emosi kepada kegagalan atau kejayaan kumpulan. hal ini kerana harga diri mereka terikat kepada prestasi kumpulan. – Identiti sosial membantu kita memahami siapa kita dan di manakah kesesuaian kita dengan orang lain. • Ingroup favoritism 9-7 LO 1 Kenapa Manusia Menyertai Kumpulan- Teori Identiti sosial Terdapat 4 ciri yang menjadikan identiti sosial penting kepada sesorang iaitu; 1. Persamaan 2. Kelainan (Distinctiveness) 3. Status 4. Pengurangan ketidakpastian 8 LO 2 Five Stages of Group Five Stages of Group Development Model Development Model 9 LO 2 5 Peringkat Pembentukan Kumpulan 1. Pembentukan a)Peringkat ini bercirikan ketidakpastian mengenai tujuan penubuhan kumpulan, bentuk struktur yang akan dibangunkan dan menentukan pemimpin kumpulan b)Ahlinya lebih berorientasi tugas, menguji kelakuan interpersonal, bergantung ke atas orang berkuasa. 10 LO 2 5 Peringkat Pembentukan Kumpulan 2. Pencetusan a) Konflik berlaku antara individu dalam kumpulan dalam mencari persetujuan tentang beberapa isu pokok. b) Mereka juga menolak kepada tugas dan mungkin berebut kepimpinan 11 5 Peringkat Pembentukan Kumpulan 3. Penormaan LO 2 Pada peringkat ini, ahli kumpulan mula membina perpaduan melalui kerjasama, boleh menerima norma atau peraturan untuk berinteraksi dan menjalankan tugas dan mula mencari penyelesaian kepada masalah tugas 12 5 Peringkat Pembentukan Kumpulan 4. Pelaksanaan LO 2 a) Ahli kumpulan mula bersedia untuk bekerja bagi mencapai matlamat. b) Mereka mula menyalurkan tenaga terhadap tugas dan semakin jelas dengan peranan masing-masing. 13 5 Peringkat Pembentukan LO 2 Kumpulan 5. Pembubaran a) Apabila matlamat hampir dicapai, ahli kumpulan menyediakan diri untuk membubarkan kumpulan dan berasa dukacita tentangnya. b) Pembubaran berlaku untuk tugas sementara, pasukan tugas, kumpulan. 14 5 Peringkat Pembentukan LO 2 Kumpulan • Keberkesanan Kumpulan – Kumpulan meneruskan peringkat pembangunan kumpulan pada kadar yang berbeza. • Mereka yang mempunyai tujuan dan strategi yang kuat cepat mencapai prestasi tinggi dan akan memperbaiki prestasi dari masa ke masa . • Begitu juga dengan kumpulan yang bermula dengan memberi fokus sosial yang positif boleh mencapai peringkat "perlaksanaan" dengan lebih cepat. – Kumpulan tidak sentiasa meneruskan dari satu peringkat ke peringkat seterusnya. 9-15 LO 2 Model Alternatif Untuk Pembentukan Kumpulan 9-16 LO 2 Model Alternatif Untuk Pembentukan Kumpulan Kumpulan sementara yang mempunyai batas waktu tidak akan mengikut model lima peringkat •Punctuated-Equilibrium Model – Kumpulan sementara yang di bawah batas waktu akan melalui transisi antara “inertia” dan aktiviti- pada separuh titik, mereka mengalami peningkatan dalam produktiviti. 9-17 17 LO 2 Model Alternatif Untuk Pembentukan Kumpulan Punctuated-Equilibrium Model – Susunan Tindakan 1. Menetapkan arah kumpulan 2. Fasa pertama “inertia” 3. Titik transisi separuh 4. Perubahan utama 5. Fasa kedua “inertia” 6. Pecutan aktiviti 18 9-18 LO 3 5 Sifat Kumpulan 1. 2. 3. 4. 5. Peranan Norma Status Saiz Perpaduan 19 LO 3 Tunjukkan Cara Bagaimana Keperluan Peranan berubah Dalam Situasi yang berbeza Peranan -Satu jangkaan corak kelakuan yang terdapat pada seseorang yang memegang kedudukan yang diberikan dalam satu unit sosial. -Setiap ahli mempunyai peranannya sendiri 20 LO 3 5 Sifat Kumpulan: 1) Peranan a) Identiti Peranan Penyesuaian individu kepada peranan yang diberikan Penyesuaian sikap akan berlaku sesuai dengan peranan yang diberikan. b) Persepsi Peranan Pandangan individu bagaimana beliau harus bertindak dalam situasi tertentu. Contoh; Guru merasai dirinya perlu bertindak sebagai seorang pengajar yang peka. 21 LO 3 5 Sifat Kumpulan: 1) Peranan c) Jangkaan Peranan Bagaimana orang lain melihat seseorang itu bertindak dalam situasi tertentu. Kontrak psikologi merujuk kepada persetujuan tidak bertulis jangkaan pengurusan terhadap pekerja dan begitu sebaliknya. 22 LO 3 5 Sifat Kumpulan: 1) Peranan d) Konflik Peranan Keadaan di mana individu berhadapan dengan pelbagai jangkaan peranan. Contoh: Seorang wanita, sebagai seorang pekerja, ibu dan isteri. 23 LO Zimbardo’s 3 Prison Experiment • Pelajar secara sukarela menjadi experimen dalam penjara • Secara rawak dipilih berperanan sbg pengawal dan pesalah • Dalam masa 6 hari experimen terhenti kerana mempertimbangkan: – Pengawal menafikan (dehumanized) pesalah. – Pesalah menurut perintah. – Mengikut peranan apabila mereka memahami – Tidak ada rasa penolakan sebenar 24 9-24 LO 3 Sifat Kumpulan ke 2Norma Satu peraturan tingkah laku atau gelagat yang dipersetujui bersama (standard behavior) oleh ahli-ahli kumpulan. Menjelaskan jangkaan ahli-ahli kumpulan ke atas seseorang individu dalam kumpulan tersebut Menyesuaikan tingkah laku atau gelagat seseorang dengan norma25 norma yang ada dalam kumpulannya. LO 4 Sifat Kumpulan 2- Norma (4 pengkelasan) a) Norma prestasi Tahap kerja yang diterima b) Norma Penampilan Apa yang hendak dipakai c) Norma susunan sosial Persahabatan dan lain-lain berkaitan. Dengan siapa keluar makan d) Norma peruntukan sumber Agihan dan tugasan kerja serta sumber. 26 Sifat Kumpulan 2- Norma: Norma LO 4 Kumpulan dan kajian Hawthorne Siri kajian yang dibuat oleh Elton Mayo di Western Electric Company’s Hawthorne di Chicago antara tahun 1924 dan 1932. Membuat kajian berkait dengan persekitaran kerja dan produktiviti 27 9-27 Sifat Kumpulan 2- Norma: Norma LO 4 Kumpulan dan kajian Hawthorne 4 Kesimpulan Penyelidikan: 1. Perlakuan pekerja dan sentimen berkait rapat. 2. Pengaruh kumpulan (norma) signifikan dalam mempengaruhi perlakuan individu. 3. Standard kumpulan (norma) sangat efektif dalam membentuk output pekerja. 4. Wang merupakan faktor paling kurang dalam menentukan output pekerja berbanding dari standard kumpulan, sentimen, dan keselamatan. 28 9-28 LO 4 Sifat Kumpulan 2- Norma: Norma dan Perlakuan • Keakuran – Membetulkan perlakuan supaya selari dengan norma kumpulan untuk diterima sebagai ahli • Kumpulan Rujukan – Kumpulan penting yang ingin disertai oleh seseorang dan norma itu akan dipatuhi. • Kajian Asch – Tunjukkan kuasa kepatuhan – Berdasar budaya dan kepentingannya semakin berkurang 29 9-29 Sifat Kumpulan 2- Norma: LO 4 Tentangan Norma: Penyimpangan Gelagat di Tempat Kerja Tindakan anti sosial di kalangan ahli organisasi. Tindakan ini boleh mengganggu norma yang telah dibentuk dalam kumpulan dan boleh mengakibatkan hasil negatif untuk organisasi, ahli atau keduaduanya. Norma kumpulan mempengaruhi gelagat yang menyimpang ini. 30 Penyimpangan Gelagat di Tempat LO 4 Kerja 4 Tipologi Penyimpangan Gelagat Kerja Kategori Contoh 1. Keluaran Balik awal Melambatkan kerja dengan sengaja Membazir 2. Sifat Sabotaj menipu jam kerja Mencuri daripada organisasi 31 Penyimpangan Gelagat di Tempat Kerja LO 4 4 Tipologi Penyimpangan Gelagat Kerja Kategori Contoh 3. Politik Menunjukkan calon kesukaan Suka gosip Menyalah rakan setugas 4. Keganasansexual harassment verbal abuse Mencuri daripada rakan 32 Pengaruh Kumpulan terhadap LO 4 Perlakuan Menyimpang – Norma kumpulan boleh mempengaruhi kehadiran perlakuan menyimpang – Memasuki kumpulan berkecenderungan meningkatkan penyimpangan – Menjadi ahli kumpulan membenarkan individu- menyembunyi- mewujudkan keyakinan yang tidak betul supaya tidak tertangkap 33 9-33 LO 4 Sifat Kumpulan 3- Status Kedudukan atau pangkat yang diberikan oleh kumpulan atau ahli kumpulan oleh orang lainia membezakan ahli kumpulan Faktor penting memahami perlakuan. Motivasi yang penting Teori Ciri Status Status berasal daripada satu dari 3 sumber: Kuasa yg dimiliki sesorg terhadap org lain Kebolehan menyumbang kepd matlamat kumpulan 34 Ciri-ciri personal LO 4 Sifat Kumpulan 3- Status: 3 Kesan Status 1. Terhadap Norma dan kepatuhan Ahli yang mempunyai status tinggi kurang sekatan oleh norma dan tekanan untuk patuh. Sesetengah peringkat penyimpangan dibenarkan untuk ahli berstatus tinggi asalkan ia tidak memberi kesan kepada pencapaian matlamat kumpulan 35 LO 4 Sifat Kumpulan 3- Status: 3 Kesan Status 2. Terhadap Interaksi kumpulan Ahli kumpulan berstatus tinggi sangat pendesak Perbezaan status yang besar mengehadkan idea dan kreativiti 3. Terhadap Ekuiti Sekiranya status ditanggapi sebagai tidak saksama, ia akan menyebabkan pelbagai bentuk pemulihan perlakuan. 36 LO 5 Sifat Kumpulan 4- Saiz a) Saiz kumpulan boleh mempengaruhi gelagat keseluruhan ahli kumpulan. b) Lebih kecil saiz kumpulan lebih segera dan lebih mudah penyelesaian masalah c) Kumpulan besar dikatakan lebih berkesan dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan ancaman 37 LO 5 Sifat Kumpulan 4- Saiz d) 12 atau lebih ahli dikatakan kumpulan “besar”. e) 7 atau kurang dikatakan kumpulan “kecil” f) Kegunaan terbaik kumpulan: Attribute Small Speed X Individual Performance Large X Problem Solving X Diverse Input X Fact-finding Goals X Overall Performance X 38 Sifat Kumpulan 4- Saiz: LO 5 Isu Berkait dengan Saiz Kumpulan Social Loafing a.Merupakan keadaan apabila individu akan kurang berusaha atau berprestasi rendah apabila berada dalam kumpulan berbanding secara individu. b.Usaha yang tidak sama antara ahli kumpulan. Ada ahli kumpulan malas, maka individu lain mungkin terpengaruh c.Keahlian bertambah, kadar sumbangan secara relatif ahli akan berkurang. d.tumpang dan ambil kesempatan atas kejayaan 39 orang lain Sifat Kumpulan 4- Saiz: LO 5 Isu Berkait dengan Saiz Kumpulan Implikasi Pengurusan –Membangunkan tanggung jawab individu –Menghalang social loafing dengan: •Menetapkan matlamat kumpulan •Meningkatkan persaingan antara kumpulan •Guna penilaian rakan •Agihkan ganjaran kumpulan berdasarkan usaha individu 40 LO 6 Sifat Kumpulan 5Perpaduan Merujuk kepada darjah sejauh mana ahli kumpulan tertarik antara satu sama lain Kumpulan yang erat biasanya mempunyai ahli yang rapat dan saling menyokong antara satu sama lain 41 Sifat Kumpulan 5LO 6 Perpaduan(Implikasi Pengurusan) 7 Cara meningkatkan perpaduan kumpulan 1. Kecilkan Kumpulan 2. Galakkan persetujuan matlamat antara ahli kumpulan 3. Galakkan ahli menghabiskan masa bersama-sama 4. Mewujudkan rasa persaingan antara kumpulan lain 42 Sifat Kumpulan 5LO 6 Perpaduan(Implikasi Pengurusan) 7 Cara meningkatkan perpaduan kumpulan 5. Ganjaran kepada kumpulan bukan individu 6. Tingkatkan status kumpulan dan sukarkan kemasukan 7. Secara fizikal pisahkan kumpulan 43 LO 7 Membuat Keputusan secara kumpulan Keputusan boleh dilakukan oleh individu tertentu atau melibatkan anggota kumpulan keseluruhannya. 44 Pembuatan Keputusan LO 7 Kumpulan vs. Pilihan Individu 4 Kekuatan Kumpulan: 1. Menghasilkan maklumat dan pengetahuan penuh 2. Meningkatkan kepelbagaian pandangan dan kreativiti yang lebih 3. Meningkatkan penerimaan keputusan 4. Umumnya lebih tepat (tetapi tidak se tepat ahli kumpulan yang tepat) 45 9-45 LO 7 Pembuatan Keputusan Kumpulan vs. Pilihan Individu 4 Kelemahan kumpulan: 1. Aktiviti mengambil masa 2. Tekanan untuk mematuhi dalam kumpulan 3. Perbincangan boleh di dominasi oleh segelintir ahli. 4. Tanggungjawab yang samar 46 9-46 LO 8 Fenomena Pembuatan Keputusan Kumpulan: Hasilnya; 1. Kumpulan Pemikir (Groupthink) – Situasi iaitu kumpulan memberi tekanan supaya patuh akan menghalang kumpulan untuk menilai pandangan luar biasa, minoriti dan tidak popular – Menghalang prestasi 47 9-47 LO 8 KUMPULAN PEMIKIR • Penunjuk (Symptom): – Ahli kumpulan memberi rasional terhadap apa-apa penolakan kepada andaian yang telah dibuat – Ahli memberi penekanan kepada ahli yang menyatakan keraguan terhadap pandangan atau soalan yang dikemukakan terhadap keputusan yang majoriti menerima – Ahli yang mempunyai keraguan atau pendapat berbeza akan berdiam diri – Terdapat ilusi kesepakatan 48 9-48 LO 8 KUMPULAN PEMIKIR • Meminimakan ahli pemikir dengan: – Mengurangkan saiz kumpulan kepada 10 atau kurang – Menggalakkan ketua kumpulan bersikap adil – Melantik “devil’s advocate” – Guna latihan untuk pelbagaian 49 9-49 LO 8 Fenomena Pembuatan Keputusan Kumpulan: Hasilnya; 2. Groupshift – Apabila berbincang alternatif dan mencapai kesimpulan, ahli kumpulan berkecenderungan untuk membesarbesarkan kedudukan awal yang dipegang. Ini akan menyebabkan peralihan kepada perlakuan konservatif dan risiko. 50 9-50 LO 9 4 Teknik-teknik Membuat Keputusan secara kumpulan 1. Interaksi kumpulan Setiap ahli berinteraksi secara bersemuka 2. Pencetusan Minda Proses menghasilkan idea, menggalakkan penghasilan seberapa banyak alternatif yang boleh menyelesaikan sesuatu masalah Tidak membenarkan kritikan terhadap alternatif yang dikemukakan oleh ahli 51 4 Teknik-teknik Membuat LO 9Keputusan secara kumpulan 3. Teknik Kumpulan Nominal Ahli-ahli bersemuka untuk membincangkan sesuatu perkara dengan sistematik dan beroperasi secara bebas 4. Mesyuarat Berelektronik Mesyuarat yang diadakan secara penggunaan teknologi masa kini seperti “video conferencing’, e-mail, telefon. 52 LO 9 MENILAI KEBERKESANAN KUMPULAN Effectiveness Criteria Type of Group Interacti BrainElectron Nominal ng storming ic Number and quality of ideas Low Moderate High High Social Pressure High Low Moderate Low Money Costs Low Low Low High Moderate Moderate Moderate Moderate Task Orientation Low High High High Potential for Interpersonal Conflict High Low Moderate Moderate Commitment to Solution High N/A Moderate Moderate Development of Group Cohesiveness High High Moderate Low Speed 53 9-53 Implikasi Global • Status dan Budaya – Kepentingan status berbeza mengikut budaya – Pengurus perlu memahami siapa dan apakah yang memegang status apabila berinteraksi dengan orang lain berbeza budaya • Social Loafing – Biasa berlaku pada budaya Barat (individualistic) 54 9-54 Implikasi Global • Perbezaan kumpulan – Peningkatan perbezaan membawa kepada peningkatan konflik – Boleh menyebabkan pengunduran awal atau moral rendah – Sekiranya kesukaran awal di atasi, kumpulan berbeza boleh jadi berprestasi lebih baik – Perbezaan yang sedikit akan meningkatkan keterbukaan.Surface diversity may increase openness 55 9-55 Ringkasan dan implikasi pengurusan • Prestasi – Lazimnya, persepsi peranan, norma bersesuaian, perbezaan status rendah dan kecil, kumpulan yang berpadu akan membawa ke prestasi tinggi • Kepuasan – Meningkat dengan: • Kesesuaian tinggi antara majikan dan persepsi pekerja terhadap kerja • Tidak dipaksa untuk berkomunikasi dengan pekerja status rendah 56 • Saiz kumpulan kecil. 9-56 57 9-57 ...
View Full Document

APA ITU GELAGAT ORGANISASI (OB)?

Pertanyaan saudara Keli dalam ruangan sembang mengingatkan saya kepada perjanjian yang saya buat dengan seorang pensyarah OB in Education di Institut Pengajian Kepengetuaan, Universiti Malaya yang sangat dikagumi semangat dan ketokohannya dalam dunia pendidikan negara. Prof. Datuk Dr Hussein Hj Ahmad saya ada perjanjian dengan Datuk Jan 2010 saya akan kembali dengan proposal Phd. Pertanyaan saudara telah menghidupkan kembali semangat saya yang mula bercelaru bagaimana nak memulakan penulisan proposal ini di samping menjalankan taggungjawab mendidik dan membangunkan anak bangsa yang semakin hari semakin banyak cabarannya.

Secara umumnya, menurut (Robbins, 2000) gelagat organisasi ialah satu bidang kajian yang menyelidiki tiga penentu gelagat di dalam organisasi iaitu individu, kumpulan dan struktur. Di samping itu juga, OB akan menggunakan segala pengetahuan mengenai individu, kumpulan dan kesan struktur ke atas gelagat dengan tujuan agar organisasi dapat beroperasi dengan lebih cekap dan berkesan.

Siapakah yang perlu mengkaji OB? Tentunya pengurus atau pemimpin bagi sesuatu organisasi. Apakah pula organisasi? Organisasi merupakan satu unit sosial yang dikendalikan oleh dua orang atau lebih, di mana unit ini relatifnya berfungsi secara berterusan unntuk mencapai matlamat tertentu.

Oleh yang demikian, pengurus sesebuah organisasi yang mempunyai fungsi pengurusan PODC (Plan, Do, diract and control) akan mengkaji setiap gelagat atau tingkah laku individu (pekerja), kumpulan dan strukktur yang ada di dalam organisasi tersebut dalam usaha mencapai matlamat pihak pengurusan.

Hal ini demikian kerana, OB akan memberi kesan kepada pencapaian matlamat sesebuah organisasi. Literatur mendapati empat pembolehubah tahap individu yang sering dikaji iaitu ciri-ciri biografi, kebolehan, personaliti dan pembelajaran. Kesemua pembolehubah ini adalah berkaitan dan didapati memberi kesan kepada produktiviti pekerja, ketidakhadiran, penukaran pekerja dan kepuasan.

Sementara itu, gelagat kumpulan di dalam organisasi seringkali dilihat sama ada kumpulan formal atau kumpulan tidak formal. Kedua2 kumpulan ini memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah organisasi.

Berkaitan dengan itu juga, struktur orgnisasi dimaksudkan sebagai tugas yang dibahagikan, dikumpulkan dan diselaraskan secara rasmi. Pengurus akan mempertimbangkan serta mengambil perhatian elemen-elemen berikut apabila merekabentuk sesuatu struktur organisasi dalam usaha untuk mencapai matlamat pihak pengurusan. Elemen2 tersebut ialah pengkhususan kerja, pembentukan jabatan, rantaian arahan, jarak kawalan kuasa, pemusatan dan pengagihan kuasa dan formalisasi.

Kesimpulannya pengurus dan pemimpin yang sentiasa mempunyai visi dan misi untuk mencapai matlamat dan membawa organisasi ke tahap yang lebih cemerlang dan berprstasi tinggi akan mengkaji ketiga-tiga elemen OB apabila membuat sesuatu keputusan, menjalankan tanggungjawab dan peranan pengurusan dan kepemimpina organisasi.

Namun demikian, organisasi yang berbeza akan mengkaji setiap individu, kumpulan dan struktur yang berbeza.

Rujukan: Robbins, (2000). Gelagat Organisasi Edisi ke 8. Terjemahan oleh Abdul Razak Ibrahim dan Ainin Sulaiman. Prentice Hall. (cara penulisan rujukan ini tidak mengikut format yang sebenar).

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *